Permainan mudah alih dan kanak-kanak / Aznan Omar
Penyelidikan ini bertujuan menganalisis interaksi yang berlaku di antara manusia dengan mesin melalui gaya hidup digital yang menjelaskan amalan dan tingkah laku manusia terhadap teknologi mudah alih. Keseronokan di dalam budaya berhibur yang melibatkan teknologi digital telah menjadikan permainan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perak
2017
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32563/ |
| Summary: | Penyelidikan ini bertujuan menganalisis interaksi yang berlaku di antara manusia dengan mesin melalui gaya hidup digital yang menjelaskan amalan dan tingkah
laku manusia terhadap teknologi mudah alih. Keseronokan di dalam budaya berhibur yang melibatkan teknologi digital telah menjadikan permainan mudah alih (mobile games) menjadi popular di kalangan pengguna muda termasuk kanakkanak. Kajian ini adalah untuk mengembangkan idea tentang fenomena kanakkanak yang obsesi pada teknologi dan keseronokan bermain permainan mudah alih diterjemahkan dalam konteks karya seni arca. Fabrikasi karya dilakukan menerusi studio praktis dan dibuat interpretasi terhadap karya yang telah
dihasilkan. Daripada isu-isu yang digarap dapat dijadikan panduan untuk merealisasikan satu bentukan baru seni arca instalasi yang cuba untuk di rungkai persoalan tentang kecenderungan golongan muda masa kini yang terpengaruh dengan budaya berhibur. Trend kanak-kanak yang menyerap teknologi tanpa kawalan akan berisiko melakukan perlakuan khusus termasuk penggunaan yang
berlebihan sehingga menjejaskan aspek-aspek lain dalam hidup mereka. |
|---|