Strategi mempromosikan serta mempertahankan warisan Melayu: kajian terhadap muzium warisan Melayu Universiti Putra Malaysia / Amir Ahmad

Warisan melayu merupakan salah satu intiti orang melayu yang ditinggalkan oleh masyarakat melayu pada masa dahulu kepada generasi pada hari ini, kesedaran tentang kepentingan mempertahankan warisan melayu perlu dilakukan terhadap masyarakat agar warisan ini mampu terus dipertahankan. Malangnya, wari...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Amir
Format: Student Project
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31848/
Description
Summary:Warisan melayu merupakan salah satu intiti orang melayu yang ditinggalkan oleh masyarakat melayu pada masa dahulu kepada generasi pada hari ini, kesedaran tentang kepentingan mempertahankan warisan melayu perlu dilakukan terhadap masyarakat agar warisan ini mampu terus dipertahankan. Malangnya, warisan melayu terus diabaikan oleh masyarakat pada hari ini kerana lebih meminati warisan penjajah dan lebih meminati ketempat-tempat hiburan berbanding menghayati peninggalan warisan melayu serta berpendapat warisan lama adalah membosankan. Warisan melayu juga memerlukan strategi promosi yang dirancang dengan baik kerana pelaksanaan perancangan strategi promosi yang baik, warisan melayu ini akan mampu dipertahankan untuk tatapan kepada generasi akan datang. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini melibatkan data sekunder yang meliputi penyelidikan melalui buku rujukan, jurnal, majalah dan media elektronik. Manakala bagi data primer pula, kaedah kajian lapangan dan temu bual telah dilakukan di antara pengarah dan pegawai tadbir Muzium Warisan Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa strategi promosi yang dilaksanakan oleh Muzium Warisan Melayu mampu menyedarkan tentang tentang kebijaksanaan dan kepentingan memelihara dan memulihara warisan melayu kerana ia adalah warisan yang tidak ternilai.