| Summary: | Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kerounduran taraf penghidupan yang terdapat di kalangan nelayan yang tlnggal di luar bandar khususnya kaum nelayan bumiputra. Mereka-mereka ini adalah terdiri daripada golongan pekerja yang menjadi nelayan, iaitu awak-awak kepada taukeh atau lain-lain tuanpunya bot, sebagai pekerja upahan. Selain daripada pekerja-pekerja ini terdapat juga para nelayan yang bekerja sendiri dengan hanya
menggunakan pancing dan rawai .
Di Semenanjung Malaysia, kira-kira 54.9% daripada ketua isirumah nelayan merupakan pekerja-pekerja upahan iaitu sebagai awak-awak, 43.9% bekerja sendiri dan 1.2% terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja dalam jenis lain aitu mereka-mereka ini adalah terdiri dari tuanpunya bot yang tidak bekerja sendiri . Kadar keseluruhan nelayan di Semenanjung Malaysia 48,000 orang. Daripada jumlah ini 68% atau 15,800 ada terdapat di Pantai Timor Semenanjung Malaysia. 35% daripada jumlah ini adalah terdiri daripada yang berpendapatan isirumah kurang daripada $150.00.
|