Kajian perbandingan bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal di KLPAC dan Istana Budaya / Sofia Fadilah

Kajian ilmiah ini memfokuskan kepada sistem pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal dalam premis kesenian yang ada di Malaysia iaitu Pentas Seni Kuala Lumpur dan Istana Budaya melalui kajian perbandingan merujuk kepada MS ISO 9001 (2008) dan juga aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objek...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Fadilah, Sofia
Format: Student Project
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31324/
Description
Summary:Kajian ilmiah ini memfokuskan kepada sistem pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal dalam premis kesenian yang ada di Malaysia iaitu Pentas Seni Kuala Lumpur dan Istana Budaya melalui kajian perbandingan merujuk kepada MS ISO 9001 (2008) dan juga aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif kajian yang dibuat juga berdasarkan persoalan kajian yang telah dibentuk iaitu mengetahui bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal sedia ada yang dilaksanakan oleh KLpac dan Istana Budaya, kedua dalam mengkaji bentuk pengurusan penyelenggaraan barangan teknikal yang dilaksanakan oleh Istana Budaya dan KLpac mengikut kehendak MS ISO 9001(2008) dan juga menilai perbezaan penyelenggaraan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di KLpac dan Istana Budaya. Justeru itu, kajian akademik ini mengambil pendekatan dengan menggunakan kaedah kualitatif sebagai medium pengumpulan data dalam melengkapkan penyelidikan ini dimana menggunakan kaedah temubual dan juga pembacaan bahan ilmiah. Berdasarkan pendekatan ini didapati bahawa pengurusan penyelenggaraan di kedua-dua premis adalah sistematik dan sekaligus dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja yang terlibat. Saranan kajian seterusnya pada masa akan datang adalah berkenaan bidang pengurusan selenggaraan juga khursusnya kepada majikan.