Filem Suspiria (1977): pengaruh pop art dan pencahayaan / Muhammad Syarafi Saadon

Filem merupakan sebuah medium untuk mengekspresi dan berkomunikasi secara nyata ataupun tersembunyi. Antara elemen terpenting dalam sesebuah filem adalah mise-en-scene kerana ianya mempengaruhi naratif sesebuah filem tersebut. Oleh yang demikian, kajian ilmiah ini memfokuskan kepada teknik pencahaya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Saadon, Muhammad Syarafi
Format: Student Project
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31214/
Description
Summary:Filem merupakan sebuah medium untuk mengekspresi dan berkomunikasi secara nyata ataupun tersembunyi. Antara elemen terpenting dalam sesebuah filem adalah mise-en-scene kerana ianya mempengaruhi naratif sesebuah filem tersebut. Oleh yang demikian, kajian ilmiah ini memfokuskan kepada teknik pencahayaan filem dan perkaitannya dengan pop art yang dikaji menerusi filem Suspiria (1977) arahan pengarah Itali, Dario Argento. Mengisahkan tentang seorang penari balet, Suzy Bannion, yang melalui pelbagai kejadian aneh dan misteri di Tanz Dance Academy. Filem ini dipilih sebagai teks penelitian kerana penulis akan mengupas bahawa filem Suspiria merupakan sebuah filem yang bermain dengan teknik pencahayaan yang berunsurkan pop art kerana filem ini banyak bermain dengan elemen warna pencahayaan dan setiap satunya mempunyai makna dan perlambangan yang tersendiri. Penulisan ini akan menggunakan teori pencahayaan dan pop art yang dikaji menerusi visual yang terdapat dalam filem Suspiria. Menerusi penulisan ini, dapatlah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai kesan dan makna pencahayaan berunsurkan pop art dalam filem Suspiria. Sekaligus, menambahkan pemahaman pembaca mengenai teknik pencahayaan filem dan pop art secara keseluruhan.