| Summary: | Sains merujuk ilmu pengetahuan tentang alam tabii yang memberi manfaat dalam pembangunan ketamadunan manusia sejagat seterusnya melahirkan teknologi hasil pengaplikasian ilmu sains tersebut. Penyelidikan saintifik Barat menolak sepenuhnya peranan wahyu, manakala sains Islam meletakkan sumber wahyu (al-Quran & Sunnah)
sebagai sumber primer dalam penerokaan sains. Oleh itu, objektif kajian ini ialah:
1. Menghuraikan konsep Maqasid Syariah (MS) dan Indeks
Syariah Malaysia (ISM).
2. Menjelaskan penyelidikan saintifik dalam kerangka MS dan kaitannya dengan pragmatik-agama falsafah pemikiran
Ibnu Khaldun.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya melalui analisis terhadap dokumen-dokumen seperti buku, jurnal dan tesis akademik. Kajian ini mendapati bahawa penyelidikan saintifik dalam kerangka MS menepati teori pragmatik-agama yang dikemukan oleh Ibnu Khaldun
yang menyatupadukan ilmu naqli dan aqli dalam kehidupan manusia sejagat. Oleh itu, penyelidikan saintifik moden khususnya di Malaysia tidak lagi bersifat sekular malahan pengintegrasiannya dengan ajaran Islam memberi manfaat baharu dalam korpus ilmu pengetahuan semasa
selari dengan ISM.
|