| Summary: | Kebolehan, keupayaan dan kemahiran menulis merupakan salah satu elemen penting di dalam dunia akademik. Penulisan ilmiah bukanlah suatu yang asing dalam bidang akademik. Contoh penulisan ilmiah ialah seperti penulisan artikel, penulisan tesis, laporan penyelidikan dan laporan aktiviti. Pelajar-pelajar siswazah perlu melalui pelbagai cabaran dalam penulisan bagi melengkapkan diri sebagai
graduan universiti. Ini adalah kerana setiap maklumat yang diperolehi dalam penyelidikannya, diproses dan seterusnya akan dirumuskan kesimpulannya agar aspek penting yang dikaji dapat diperjelaskan dan dihuraikan melalui laporan
penulisan. Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada keupayaan dan cabaran untuk menulis. Cabaran dan rintangan penulisan ilmiah dikalangan pelajar-pelajar siswazah berhubungkait rapat dengan keupayaan diri dalaman dan luaran. Tetapi, rintangan dan cabaran tersebut mampu dibendung jika semua pelajar-pelajar siswazah mempunyai rasa tanggungjawab dan displin diri yang kuat.
Berdisiplin dan kesungguhan ketika menimba ilmu di dewan kuliah, komunikasi yang baik dengan rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah menyumbang kepada
meningkatkan kualiti penulisan akademik dikalangan pelajar-pelajar siswazah.
|