| Summary: | Projek ini merupakan satu imbasan semula (review) ke atas sistem penyejukan jenis penyerapan di mana sistem ini telah berkembang dan meluas penggunaannya di sekitar tahun 1920-an sehingga 1940-an. Kini sistem ini masih lagi digunakan tetapi tidak begitu meluas dan menonjol kerana sistem mampatan-wap lebih diutamakan. Di dalam projek ini, kami cuba mengumpulkan seberapa banyak maklumat- maklumat dan data-data mengenai sistem berkenaan terutama dari aspek prinsip-prinsip operasi serta kelakuan system secara amnya. Bagaimana, untuk tujuan projek ini penggunaan sistem berkenaan di sektor domestik lebih ditekankan. Secara teorinya, analisa kami adalah berdasarkan kepada maklumat -maklumat diperolehi dari mereka-mereka yang berkenaan di bidang penyejukan dan penghawa dingin. Sebaliknya, untuk analisa praktik, satu unit peti-sejuk jenis penyerapan berterusan (continous absorption domestic refrigerator) akan digunakan untuk membandingkan komponen-komponen yang terdapat. Di samping itu, kuasa yang digunakan serta nilai-nilai suhu pada bahagian-bahagian tertentu akan dicatitkan.
|