| Summary: | Kajian ini dijalankan di bengkel pembuatan perabot F.I.T Center Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Batu Caves, Selangor. Kajian ini dilakukan dengan mengambil proses pembuatan kerusi makan sebagai sasaran kajian kami. Secara terperinci kajian ini adalah lebih berdasarkan kepada perancangan pengeluaran dan kawalan ( Production Planning and Control). Perancangan pengeluaran dan kawalan merupakan satu bidang yang penting di dalam sesuatu organisasi berasaskan pengeluaran. Ia melibatkan organisasi secara keseluruhan dan merancang proses pengilangan. Ia mengandungi proses perancangan, penjadualan, penghantaran dan kawalan bahan mentah, mesin dan cara membuat kerja…
|