| Summary: | Tujuan laporan ini dibuat untuk mengkaji, bagi projek akhir Diploma Senibina Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan ialah “ Cadangan Merekabentuk Ruang Dalaman “ strawberry shop” ataupun kedai strawberi di “ Food Court” Tanah Rata, 39000 Cameron Highland. Bagi projek semester akhir penulis telah memilih skop dalam kedai strawberi. Rekaan kedai strawberi merupakan salah satu cabang dalam Rekabentuk Dalaman yang memerlukan pemikiran yang strategik dan kefahaman yang tinggi dalam prinsip rekabentuk yang melibatkan aspek-aspek yang menitikberatkan elemen-elemen daya penarik untuk meraih pelanggan dan memberi suasana yang sesuai dengan sasaran pelanggan selain daripada aspek-aspek psikologi, teknikal dan binaan. Kesemua data dan maklumat kajian dihasilkan dalam bentuk tulisan, diterangkan melalui graf dan gambarajah untuk memberikan panduan visual yang mudah difahami. Laporan kajian akhir ini juga mengandungi langkah-langkah merekabentuk kedai strawberi dari awal hingga akhir.
|