| Summary: | Sesebuah bangunan bank tidak akan sempurna tanpa Sistem Keselamatan yang sesuai kerana fungsinya sebagai pedagang matawang menyebabkan bangunan jenis ini terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan seperti penyelewengan, rompakan dan Iain-lain. Tanpa sistem keselamatan yang sempurna institusi perbankan dianggap tidak selamat dan ini boleh menggugat keyakinan pelabur di bank tersebut. Secara ringkas dissertasi ini telah mengkaji mengenai sistem-sistem keselamatan yang digunakan oleh bangunan bank masakini. Kajian di buat berdasarkan kajian di 2 buah bank iaitu Bank Simpanan Nasional Shah Alam dan Bank Bumiputera Commerce serta 10 bank lain yang diambil secara ram bang. Aspek kajian adalah merangkumi struktur organisasi pengurusan keselamatan, kaedah-kaedah kawalan keselamatan, peralatan-peralatan keselamatan, masalah-masalah keselamatan, punca-punca dan kesannya. Satu sistem yang lebih baik dicadangkan berdasarkan keperluan yang sepatutnya dipenuhi untuk meningkatkan lagi sistem keselamatan di bangunan bank.
|