| Summary: | Keprihatinan ibubapa pelajar bumiputera terhadap tahap pendidikan anak-anak kajian kes Kota Samarahan merupakan tajuk penyelidikan bagi kumpulan kami. Tujuan
utama kumpulan kami membuat penyelidikan ini adalah untuk melihat sejauh mana keprihatinan ibubapa terhadap pendidikan anak-anak mereka di dalam memartabatkan
golongan bumiputera. Di samping itu tujuan kajian ini adalah untuk memenuhi syarat matapelajaran PAD 340 di samping untuk mencari punca kelemahan ibubapa didalam
memberikan pendidikan formal terhadap anak mereka.
Kami telah sepakat untuk memilih Kota Samarahan sebagai tempat kajian. Ini adalah kerana Kota Samarahan adalah merupakan kawasan yang mempunyai golongan
bumiputera yang belum begitu berkembang dalam pendidikan. Selain itu juga kawasan Kota Samarahan akan menjadi pusat pendidikan bagi negeri Sarawak. Ini terbukti
apabila adanya UNIMAS, UiTM dan Maktab Perguruan Samarahan. Responden kami terdiri daripada 200 orang dimana responden dipilih daripada beberapa buah kampung yang terdapat di Kota Samarahan. Manakala selebihnya adalah merupakan ibubapa yang merupakan individu yang dipilih secara rawak. Untuk mendapatkan lagi maklumat yang terperinci, kami telah menemui beberapa
orang guru untuk memperolehi pandangan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh para ibubapa. Andaian yang kami buat adalah sikap ibubapa yang tidak mengambil
endah merupakan faktor utama menyebabkan anak-anak mereka ketinggalan di dalam pendidikan.
Kesimpulannya, keprihatinan ibubapa terhadap anak-anak merupakan satu perkara yang boleh mempertingkatkan martabat pendidikan di kalangan golongan
bumiputera. Selain itu juga kecenderungan dan kesedaran pelajar terhadap pelajaran dan masa depannya adalah tanggungjawab sepenuhnya.
|