| Summary: | Perubahan yang ketara di dalam pendidikan jasmani telah berlaku dalam masa 40 tahun dengan
transisi daripada orentasi tradisional kemahiran sukan kepada penekanan yang lebih luas ke atas
kecergasan berasaskan kesihatan dan aktiviti fizikal sepanjang hayat. (Bocarro et al., 2008; Jago et
al., 2009; McKenzie & Kahan, 2008). Namun, di merata dunia, program-program pendidikan
jasmani sedang dikurangkan, dihadkan dan/atau sewenang-wenangnya dihapuskan daripada
kurikulum sekolah rendah dan menengah (Hardman & Marshall, 2009; Puhse & Gerber, 2005).
Adalah bertambah jelas bahawa nilai program-program pendidikan jasmani sedang diuji di seluruh
dunia.
|