| Summary: | Group Technology’ adalah hasil daripada kajian berkaitan dengan bahagian-bahagian pengeluaran untuk produk kejuruteraan dimana prinsipnya berkaitan dengan operasi bengkel mesin untuk membuat komponen kejuruteraan. Konsep ‘Group Technology’ sebenarnva telah wujud 30 tahun dahulu dan berubah secara radikal di dalam pelaksanaannva sehingga kini mengikut pencapaian teknologi pengeluaran tahun demi tahun. Apabila diterangkan bagaimana konsep ini dijalankan di industri, ramai pekerja terutamanya para jurutera pengeluaran, akan mengatakan ia telah tahu dan telah mempraktikkannya di dalam pelaksanaan operasi tetapi dengan cara yang tidak menyeluruh dan mantap.
|