| Summary: | Sempena Persidangan PATA 1986 yang diadakan di Kuala Lumpur, sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan usia 12 tahun ke bawah menjayakan sebuah persembahan drama tari. Mereka yang terdiri daripada kanak-kanak pelbagai kaum dengan wajah riang ria, bergembira, menyanyi bersama-sama, berlakon, bergaul mesra tanpa dibatasi oleh perbezaan keturunan masing-masing, berjaya memikat setiap tetamu dari dalam dan luar negeri. Penonton terpegun. Masing-masing menghayatinya dan jiwa penuh merasa. Suatu program budaya dapat dijayakan bersama. Suatu ketika yang lain, di sebuah pasar raya, banyak kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan melukis. Mereka bercampur, menuturkan bahasa yang sama, membandingkan karya dan melukis tentang alam dan persekitaran negara sendiri, Malaysia. Kalaulah demikian anak-anak mereka yang cukup besar adalah mahu memperagakan seindah mungkin persembahan yang beridentiti Malaysia dan sekukuh mungkin menggambarkan kesatuan sikap dan jiwa perpaduan bangsa.
|