| Summary: | Perpustakaan adalah tempat pengguna mencari pelbagai maklumat yang mereka inginkan. Segala keperluan hendaklah disediakan oleh pihak perpustakaan dalam menyediakan maklumat-maklumat yang terbaru dan juga terkini kepada pengguna yang menggunakan perpustakaan. Segala sumber-sumber yang diperolehi ada di perpustakaan haruslah sahih untuk mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk menggunakannya.Fokus penyelidikan ini adalah di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Perdana. Tujuan melakukan kajian ini untuk mengenal pasti keperluan maklumat pengguna di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Perdana, mengenal jenis maklumat yang selalu di cari oleh pengguna, mengenal pasti car a pencarian maklumat yang biasa di gunakan oleh pengguna dan juga mengenal pasti masalah dari segi
keperluan dan pencarian maklumat oleh Pengguna Perpustakaan Puncak Perdana Kajian ini dilakukan untuk mencari segala jawapan-jawapan untuk persoalan yang timbul ketika melakukan kajian ini. Kaedah yang dijalankan untuk mengumpul data-data
yang berkaitan, dengan menggunakan kaedah pemerhatian selama dua hari di perpustakaan dan juga kaedah temubual seramai 14 orang responden yang terlibat Kaedah-kaedah ini digunakan supaya segala objektif-objektif kajian ini dapat dicapai
|