| Summary: | Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di kalangan
pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada
dari segi kualiti mahupun kuantiti. Masyarakat juga dimaklumkan
bahawa pencapaian matematik pelajar di luar bandar adalah lebih
rendah berbanding pelajar bandar. Mengambil kira senario ini,
Projek Khidmat Masyarakat (PKM) telah dilaksanakan oleh
beberapa orang pensyarah matematik (JTMSK) untuk membantu
pihak sekolah mempertingkatkan motivasi pelajar dalam
mempelajari matematik. PKM telah dijalankan terhadap 45 orang
pelajar dari sebuah sekolah luar bandar di Pulau Pinang. PKM
memberi tumpuan dalam peningkatan kefahaman sistem nombor
peringkat rendah yang merupakan asas kepada mata pelajaran
matematik dengan berbantukan teknologi maklumat. Kejayaan PKM
didapati bersandar kepada beberapa pihak, umpamanya, jabatan
pelajaran negeri, pihak sekolah, kemudahan peralatan, pihak
UiTM, bahan pengajaran dan pembelajaran serta sikap pelajar
itu sendiri.
|