| Summary: | Gejala ‘mood swings’ atau dalam bahasa melayu perubahan emosi yang mendadak merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan bagi setiap
individu yang mengalaminya. Kebanyakan kita pernah mengalami ‘mood swings’ ketika apa yang kita ingin lakukan mendapat halangan atau
bantahan, tekanan dari pelbagai pihak. Kadangkala ‘mood swings’ juga berpunca daripada tekanan yang dialami dalam situasi pembelajaran,
pekerjaan, perkahwinan, peristiwa yang menyedihkan, kegagalan dan kekecewaan dalam apa yang diimpikan dalam kehidupan serta kemarahan
yang melampau terhadap sesuatu atau seseorang. Keadaaan emosi berubah-ubah dari gembira kepada sedih, marah, benci dan kembali kepada
menyesal dan rasa bersalah.
|