Buku panduan pelajar Universiti Teknologi MARA: Bahagian Hal Ehwal Pelajar 2011/2012 / Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM

Syukur alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA diberi kesempatan untuk meneruskan agenda kita yang belum selesai. Tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang berjaya mengeluarkan edisi ke-7, Buku Panduan Pelajar UiTM tahun 2011. Saya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: UiTM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Format: Book
Language:English
Published: Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM 2011
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13575/
Description
Summary:Syukur alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA diberi kesempatan untuk meneruskan agenda kita yang belum selesai. Tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang berjaya mengeluarkan edisi ke-7, Buku Panduan Pelajar UiTM tahun 2011. Saya percaya buku ini akan menjadi panduan dan rujukan utama semua pihak dalam urusan mereka dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Kepada para pelajar khususnya, jadikanlah buku ini sebagai rujukan utama saudara/saudari bagi menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi semasa berada dikampus. Saya juga menyeru saudara/saudari mensyukuri rahmat yang diberikan dengan menunjukkan iltizam yang tinggi sebagai mahasiswa UiTM. Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya agar anda mampu memainkan peranan dalam pembangunan bangsa, agama dan negara. Sesungguhnya kejayaan negara berkait rapat dengan tahap pendidikan rakyatnya. Kejayaan saudara/saudari penting bagi negara dalam melahirkan generasi berilmu sebagai asas untuk membina kekuatan menghadapi persaingan global. Berusahalah dengan gigih dan gunakanlah sumber ilmu yang ada untuk membentuk peribadi graduan UiTM yang mampu memartabatkan bangsa, agama dan negara di seluruh dunia.