| Summary: | Kajian ini adalah mengenai "Pasaraya sebagai tempat yang popular dikalangan
masyarakat masakini". Terdapat tiga objektif utama kajian ini dijalankan.
Pertama adalah untuk meninjau bagaimana pengusaha-pengusaha berjaya
menarik pelanggan dari semua golongan. Seterusnya kajian ini bertujuan untuk
mengetahui mengapa pengguna-pengguna lebih berminat datang ke Pasaraya
dan akhir sekali adalah untuk mengenai pasti samada Pasaraya merupakan
persaingan atau alternatif kepada kedai-kedai runcit yang sedia ada.
Kaedah methodologi yang digunakan dalam kajiselidik ini ialah dengan
menggunakan borang soal kajiselidik melalui kaedah temuduga secara
bersemuka, seterusnya pengamatan dan ulasan dari kajian-kajian yang lepas.
Didalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan tidak
berkemungkinan iaitu pensampelan kuota yang mengandungi 200 responden
yang mengikut bangsa Melayu, China, India dan Iain-Iain.
Ujian rintis telah dijalankan pada 28hb. Oktober 1990. Borang kajiselidik telah
diperbaiki untuk kajian medan.
|