| Summary: | Sifat kepedulian kepada agama, bangsa dan negara hanya lahir kalau kita mempunyai perasaan sayang dan cinta. Anak-anak orang Melayu dan bumiputera telah sekian lama diajar dengan sifat-sifat ambil peduli terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Gunanya adalah untuk menimbulkan perasaan kebersamaan mencintai dan menyayangi agar mereka tidak dicemari perkara-perkara yang melemahkan rumpun bangsa itu. Kerana itulah, anak-anak Melayu diberi pendidikan tentang sejarah. Melalui sejarah, anak-anak diasuh untuk mengingati dan menghargai jasa dan budi bagi membentuk keperibadian yang luhur dan disegani.
|