| Summary: | Universiti Teknologi MARA atau lazimnya disebut UiTM, ibarat dunia kecil bagi negara Malaysia. Martabat, jati diri dan maruah anak bangsa peribumi diangkat dan dipelihara di dunia kecil itu. Dalam melaksanakan misi negara, universiti ini telah memfokuskan pencapaian akademik dan pentadbiran ke arah globalisasi mengikut acuan sendiri. Pelaksanaan pelbagai program untuk menjaga kebajikan pelajar, pensyarah dan staf pentadbiran menjadikan UiTM sentiasa di hati mereka. Kepentingan
secara keseluruhannya diberikan kepada bangsa peribumi untuk memperkasa dan bersaing di persada dunia dari segi ekonomi, kedudukan, jati diri dan modal insan.
|