| Summary: | Dewasa ini penekanan yang serius telah diberikan kepada
pengajian berterusan (lifelong learning) oleh pihak Kerajaan
sebagai usaha untuk membina sebuah mesyarakat yang maju dan
membangun terutamanya dalam era globalisasi. Penubuhan
Universiti Multimedia dan Universiti Terbuka merupakan bukti
usaha serius pihak kerajaan untuk menjadikan pengajian
berterusan sebagai satu daripada agenda nasional. Bagaimanapun penekanan lebih ditumpukan kepada bidang profesional dan bersifat komersial manakala bidang pengajian Islam tidak begitu diketengahkan. Hanya terdapat beberapa IPT yang menawarkan pengajian Islam berterusan seperti di UKM, UM, UIA, Kolej Swasta seperti Kolej Dar al-Hikmah dan Iain-lain. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai perlaksanaan pengajian Islam berterusan yang dijalankan di Universiti Malaya dan Kolej Dar al-Hikmah. Persoalan yang berkaitan seperti apakah faktor-faktor
pendorong yang menyebabkan seseorang mengikuti pengajian ini, faedah yang diperolehi dan juga pandangan terhadap keperluan penawaran kursus-kursus pengajian Islam yang baru akan dikaji dan dikupas berdasarkan dapatan hasil kajian soal selidik yang dilakukan ke atas dengan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian tersebut.
|