Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu

Kajian ini melihat keupayaan pelajar Melayu mendiskriminasi dan mengujarkan bunyi bahasa Perancis, terutamanya bunyi vokal. Kebanyakan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (B2) atau bahasa ketiga (B3) bermula dengan andaian bahawa bahasa pertama (B1) menjadi punca utama untuk kesulitan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Roshidah Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9086/
http://journalarticle.ukm.my/9086/1/8896-27914-1-PB.pdf
_version_ 1848811979292016640
author Roshidah Hassan,
author_facet Roshidah Hassan,
author_sort Roshidah Hassan,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Kajian ini melihat keupayaan pelajar Melayu mendiskriminasi dan mengujarkan bunyi bahasa Perancis, terutamanya bunyi vokal. Kebanyakan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (B2) atau bahasa ketiga (B3) bermula dengan andaian bahawa bahasa pertama (B1) menjadi punca utama untuk kesulitan yang timbul dalam pemerolehan B2. Sistem B1 yang berbeza dengan B2 atau B3 diandaikan menjadi gangguan dalam pemerolehan B2 atau B3 tersebut. Kajian ini akan cuba mengkaji adakah benar B1 menjadi punca kesulitan dalam pemerolehan sistem bunyi bahasa Perancis. Subjek kajian terdiri daripada 32 orang pelajar Melayu yang sedang mempelajari bahasa Perancis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Data kajian dikumpul melalui dua bentuk ujian iaitu: (1) ujian diskriminasi bunyi, dan (2) ujian pengeluaran bunyi. Kajian ini menerapkan pendekatan Analisis Kesilapan (AS) yang dipelopori oleh Corder (1967) sebagai kerangka teoretikal, sementara analisis data pula dijalankan mengikut prosedur analisis seperti yang dicadangkan Van Els et al. (1984). Mereka telah mencadangkan enam langkah untuk menjalankan AS, iaitu: (1) mengumpul data, (2) mengenal pasti kesilapan, (3) mengkelaskan kesilapan, (4) mengenal pasti sumber kesilapan, (5) menganalisis kesilapan, dan (6) mencadangkan bagaimana cara untuk memperbaiki kesilapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak berhadapan dengan masalah besar untuk mendiskriminasi bunyi vokal bahasa Perancis, tetapi mereka menghadapi masalah dari segi sebutan bunyi vokal tersebut. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa kesulitan yang dihadapi oleh pelajar bukan hanya disebabkan oleh gangguan B1, tetapi juga berpunca dari sistem bahasa Perancis tersebut. Salah satu punca kesulitan dalam penyebutan bunyi vokal bahasa Perancis ialah sistem ejaan yang digunakan bagi mewakili bunyi-bunyi vokal tersebut.
first_indexed 2025-11-14T23:55:00Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:9086
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-14T23:55:00Z
publishDate 2015
publisher Penerbit UKM
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:90862016-12-14T06:48:55Z http://journalarticle.ukm.my/9086/ Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu Roshidah Hassan, Kajian ini melihat keupayaan pelajar Melayu mendiskriminasi dan mengujarkan bunyi bahasa Perancis, terutamanya bunyi vokal. Kebanyakan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (B2) atau bahasa ketiga (B3) bermula dengan andaian bahawa bahasa pertama (B1) menjadi punca utama untuk kesulitan yang timbul dalam pemerolehan B2. Sistem B1 yang berbeza dengan B2 atau B3 diandaikan menjadi gangguan dalam pemerolehan B2 atau B3 tersebut. Kajian ini akan cuba mengkaji adakah benar B1 menjadi punca kesulitan dalam pemerolehan sistem bunyi bahasa Perancis. Subjek kajian terdiri daripada 32 orang pelajar Melayu yang sedang mempelajari bahasa Perancis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Data kajian dikumpul melalui dua bentuk ujian iaitu: (1) ujian diskriminasi bunyi, dan (2) ujian pengeluaran bunyi. Kajian ini menerapkan pendekatan Analisis Kesilapan (AS) yang dipelopori oleh Corder (1967) sebagai kerangka teoretikal, sementara analisis data pula dijalankan mengikut prosedur analisis seperti yang dicadangkan Van Els et al. (1984). Mereka telah mencadangkan enam langkah untuk menjalankan AS, iaitu: (1) mengumpul data, (2) mengenal pasti kesilapan, (3) mengkelaskan kesilapan, (4) mengenal pasti sumber kesilapan, (5) menganalisis kesilapan, dan (6) mencadangkan bagaimana cara untuk memperbaiki kesilapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak berhadapan dengan masalah besar untuk mendiskriminasi bunyi vokal bahasa Perancis, tetapi mereka menghadapi masalah dari segi sebutan bunyi vokal tersebut. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa kesulitan yang dihadapi oleh pelajar bukan hanya disebabkan oleh gangguan B1, tetapi juga berpunca dari sistem bahasa Perancis tersebut. Salah satu punca kesulitan dalam penyebutan bunyi vokal bahasa Perancis ialah sistem ejaan yang digunakan bagi mewakili bunyi-bunyi vokal tersebut. Penerbit UKM 2015-09 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/9086/1/8896-27914-1-PB.pdf Roshidah Hassan, (2015) Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 15 (3). pp. 99-120. ISSN 1675-8021 http://ejournal.ukm.my/gema
spellingShingle Roshidah Hassan,
Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu
title Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu
title_full Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu
title_fullStr Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu
title_full_unstemmed Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu
title_short Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu
title_sort analisis penguasaan bunyi vokal bahasa perancis oleh pelajar melayu
url http://journalarticle.ukm.my/9086/
http://journalarticle.ukm.my/9086/
http://journalarticle.ukm.my/9086/1/8896-27914-1-PB.pdf