| Summary: | Orientalisme merujuk kepada kajian Barat ke atas hal ehwal Islam
dan masyarakatnya, sama ada untuk tujuan saintifik atau untuk
tujuan agama dan politik. Terdapat pelbagai pandangan tentang
Orientalisme sebagai satu disiplin atau sebagai metodologi yang
menyebabkan munculnya pelbagai tafsiran tentang Islam, khususnya
merujuk kepada kelahiran, perkembangan dan operasinya. Beberapa
sarjana Islam telah menilai persepsi Orientalis tentang Islam
dan artikel ini bermula dari premis ini, cuba untuk menganalisis
pandangan Orientalis terhadap ajaran Islam, khususnya di dunia
Melayu. Artikel ini memberi perhatian khusus kepada beberapa tema
utama yang menjadi fokus Orientalis, termasuk kritikan mereka ke
atas pemodenan dan kemakmuran.
|