| Summary: | Penyediaan adunan getah asli termoplastik dan getah asli terepoksida termoplastik yang diperkuat dengan gentian aramid telah dilakukan melalui proses adunan leburan. Gentian aramid yang digunakan adalah gentian pendek Twaron (Teijin-Twaron) yang dirawat dengan bahan pelekat epoksi dan resorcinolformaldehid latex (RFL). Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa kesan penambahan gentian aramid telah meningkatkan tegasan maksima, modulus regangan, kekuatan hentaman dan kekerasan kedua-dua adunan tersebut tetapi menurunkan nilai terikan pada takat putus. Bagi adunan NR/LLDPE didapati komposisi gentian yang paling optima adalah pada 20%. Penambahan gentian aramid seterusnya hanya menurunkan sifat mekanik adunan. Sebaliknya bagi adunan ENR/LLDPE, didapati komposisi gentian melebihi 20% masih menunjukkan peningkatan tegasan maksima dan modulus regangan. Keputusan ini menunjukkan bahawa interaksi antaramuka gentian aramid dan matriks dalam adunan ENR/LLDPE lebih baik berbanding NR/LLDPE.
|