| Summary: | Beberapa kompleks trifenilfosfinoargentum telah disintesis, iaitu bis [asetatotrifenilfosfinargentum (I)], I, laktatotris (trifenilfosfin) argentum (I), II dietanolditiokarbamatobis (trifenilfosfin) argentum (I), III dan metiletanolditiokarbamatobis (trifenilfosfin) argentum (I), IV. Selain daripada pencirian dengan kaedqh spektroskopi, struktur kompleks I-III telah ditentukan dengan kaedah pembelauan sinar-X hablur tunggal. Kompleks asetat terhablur sebagai dimer dengan argentum menunjukkan geomertri 4-koordinat, sementara kompleks laktat adalah monomer dengan argentum berkoordinatan lima. Dalam kompleks dietanolditiokarbamat argentum berkoordinatan empat dengan panjang ikatan Ag - S, 2.6822 (13) dan 2.5991 (12) Å menunjukkan dua mod pengikatan yang berbeza dengan ditiokarbamat.
|