| Summary: | Keberkesanan dan kepentingan kaedah Penyelidikan Operasi dalam pengurusan sesebuah organisasi telah lama diperakui, baik oleh para akademik mahu pun bukan akademik. Di antaranya adalah untuk melicinkan operasi harian dan membantu meminimumkan jumlah kos inventori. Kajian ini mencadangkan penyelesaian masalah inventori dan pengagihan tugasan kepada pekerja sebuah kedai komputer, Command Com Technology (M) Sdn. Bhd. Kaedah Penyelidikan Operasi pertama yang digunakan adalah Model Kuantiti Pesanan Ekonomik untuk menentukan bilangan pesanan optimum pemacu kilat USB (Kingston, 4GB) dan masa yang sesuai untuk membuat tempahan supaya kedai komputer ini dapat meminimumkan
jumlah kos inventori pemacu kilat tersebut. Kaedah kedua ialah Kaedah Hungarian, digunakan untuk membantu pemilik kedai mengagihkan kerja kepada kakitangannya dengan tujuan
meminimumkan jumlah masa menyelesaikan kerja mereka sebelum operasi kedai bermula setiap hari. Selain daripada dua kaedah tersebut, empat kriterium analisis keputusan turut
digunakan untuk membantu menentukan sama ada pemilik kedai tersebut memerlukan pekerja baru, dengan harapan untuk memaksimumkan jumlah hasil jualan.
|