Pembangunan model pengajaran “M-Mam’ melalui aplikasi mudah alih membaca untuk kanak-kanak prasekolah: ulasan teori
Kajian ini bertujuan memberi ulasan berkaitan kerangka teori yang digunakan bagi membangunkan model pengajaran “M-MAM” melalui aplikasi mudah alih membaca untuk kanak-kanak prasekolah. Data diperoleh melalui analisis kandungan berkaitan Teori Pengajaran Robert Gagne (1985) melalui kajian Haiza Hayat...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26045/ http://journalarticle.ukm.my/26045/1/116-132%20-.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan memberi ulasan berkaitan kerangka teori yang digunakan bagi membangunkan model pengajaran “M-MAM” melalui aplikasi mudah alih membaca untuk kanak-kanak prasekolah. Data diperoleh melalui analisis kandungan berkaitan Teori Pengajaran Robert Gagne (1985) melalui kajian Haiza Hayati (2022), Strategi Pembelajaran IEPC (Wood, 2002), Dual-Coding Theory (Paivio,1971) dan Teori Konstruktivisme yang digunakan sebagai panduan kepada pembangunan model ini. Gabungan ketiga-tiga teori ini dalam pembangunan model ini melalui aplikasi mudah alih membaca kanak-kanak akan membentuk sebuah model pengajaran kemahiran membaca yang menyeluruh dalam meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah dan juga kualiti pengajaran guru. Oleh iu, kertas kajian ini mencadangkan bahawa model pembangunan pengajaran perlu menjadikan teori-teori berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran yang seimbang dari aspek penjagaan kualiti pengajaran guru dan kualiti pembelajaran murid. |
|---|