Penerapan kemahiran empati sejarah sekolah rendah
Kemahiran empati sejarah merupakan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu dikuasai oleh semua murid termasuklah di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini mengkaji penerapan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah di Sarawak. Penerapan kemahiran empati sejarah ini d...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26043/ http://journalarticle.ukm.my/26043/1/96-103%20-.pdf |
| Summary: | Kemahiran empati sejarah merupakan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu dikuasai oleh semua murid termasuklah di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini mengkaji penerapan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah di Sarawak. Penerapan kemahiran empati sejarah ini dilihat melalui dua aspek iaitu tahap kesediaan guru serta tahap kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 113 orang guru sejarah sekolah rendah di Sarawak sebagai responden. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen soal selidik dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif (skor min dan sisihan piawai) menggunakan perisian SPSS 25.0. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (min = 4.07 dan S.P = 0.574). Begitu juga, tahap kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (min = 4.21 dan S.P = 0.553). Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara tahap kesediaan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP sejarah sekolah rendah berdasarkan gender serta tidak terdapat perbezaan antara kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP sejarah sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu memperkukuhkan kompetensi diri terutamanya dari aspek pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan yang baharu dalam usaha menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah. |
|---|