Kritikan sosial terhadap masyarakat dalam filem Magika (2010)
Magika (2010) ini telah diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan dibantu oleh Kumpulan KRU sebagai penerbit filem. Filem ini merupakan filem bergenre muzikal. Filem Magika telah menampilkan watak- watak yang terdapat dalam cerita rakyat daripada cerita yang berbeza namun ditemukan dalam satu filem yan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26034/ http://journalarticle.ukm.my/26034/1/Wacana%20Sarjana_9_1_2025.pdf |
| Summary: | Magika (2010) ini telah diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan dibantu oleh Kumpulan KRU sebagai
penerbit filem. Filem ini merupakan filem bergenre muzikal. Filem Magika telah menampilkan watak-
watak yang terdapat dalam cerita rakyat daripada cerita yang berbeza namun ditemukan dalam satu
filem yang sama menerusi dimensi watak yang berbeza. Watak yang ditampilkan bukanlah seperti
kerangka atau model watak yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu. Dimensi watak yang diterapkan
adalah terdiri daripada sudut positif dan negatif. Filem ini sarat dengan isu sosiologi masyarakat
tempatan memaparkan sikap masyarakat melayu dalam menjalani kehidupan seharian. Kesemua aspek
yang dibincangkan dalam kajian ini adalah berlandaskan model pencerminan yang diperkenalkan oleh
Karl Max dan Federick Engels. Objektif makalah ini bertujuan untuk meneliti kritikan sosial terhadap
masyarakat yang terdapat dalam filem Magika (2010). Penyelidikan fundamental dirangka dengan
kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian ini. Dapatan kajian ini terdapat lapan kritikan yang
dianalisis dalam makalah ini kritikan sosial masyarakat yang mementingkan harta, masyarakat yang
bertindak melulu, masyarakat yang tidak menghormati orang tua, masyarakat yang sombong,
masyarakat yang bahagia di atas penderitaan orang lain, masyarakat yang melakukan gangguan
seksual, pembesar yang penakut, masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan masyarakat yang
melakukan buli. |
|---|