Persepsi wanita Muslim di Selangor berkaitan faktor perkahwinan lewat usia

Pada masa kini, fenomena perkahwinan lewat usia dalam kalangan wanita semakin mendapat perhatian. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa ramai wanita berkerjaya yang mempunyai pendapatan tetap cenderung untuk tidak berkahwin kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian memandangkan mereka t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Izati Mohd Zahir, Zuliza Mohd Kusrin, Norsyamlina Che Abdul Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26030/
http://journalarticle.ukm.my/26030/1/Article-3%20-.pdf
Description
Summary:Pada masa kini, fenomena perkahwinan lewat usia dalam kalangan wanita semakin mendapat perhatian. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa ramai wanita berkerjaya yang mempunyai pendapatan tetap cenderung untuk tidak berkahwin kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian memandangkan mereka telah menikmati keselesaan hidup dan telah terbiasa hidup secara berdikari. Kajian ini mengkaji persepsi wanita Muslim di Selangor terhadap faktor-faktor perkahwinan lewat usia. Pendekatan kuantitatif dalam kajian ini melibatkan maklumbalas soal selidik daripada seramai 193 orang responden wanita Muslim berumur 18 tahun ke atas yang menetap di negeri Selangor. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengenal pasti faktor-faktor perkahwinan lewat usia daripada aspek ekonomi, peribadi, kerjaya, trauma dalam percintaan, dan pendidikan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian menunjukkan faktor ekonomi dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada perkahwinan lewat dengan nilai min tertinggi iaitu 4.24. Ini diikuti oleh faktor peribadi (min = 3.86), faktor pendidikan (min = 3.67), dan faktor kerjaya (min = 3.67). Dapatan ini menunjukkan bahawa ketidakstabilan ekonomi, kesukaran memperoleh pekerjaan dengan pendapatan yang setara, peningkatan kos sara hidup, serta kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi merupakan antara halangan utama bagi wanita untuk berkahwin pada usia yang dianggap ideal. Kajian ini memberikan implikasi yang signifikan kepada pembuat dasar dan pihak berautoriti agar memperkukuh kesedaran dalam kalangan wanita bujang berkenaan kepentingan institusi perkahwinan, bukan sahaja dari sudut sosial, malah bagi memastikan kelangsungan sumber manusia dan kesejahteraan masyarakat di peringkat nasional.