Potensi dan cabaran perintah komital kerana ingkar perintah nafkah di Mahkamah Syariah Selangor
Pelanggaran perintah nafkah menjadi perkara yang saban tahun berlaku. Berdasarkan data dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pada thaihnugng a2 2001137 sebanyak 12,983 kes tuntutan nafkah telah didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi den...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26028/ http://journalarticle.ukm.my/26028/1/Article-1%20-.pdf |
| Summary: | Pelanggaran perintah nafkah menjadi perkara yang saban tahun berlaku. Berdasarkan data dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pada thaihnugng a2 2001137 sebanyak 12,983 kes tuntutan nafkah telah didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi dengan 3,409 kes dan meningkat sebanyak 3,949 kes pada tahun 2018-2023. Antara faktor berlakunya pelanggaran nafkah ialah kecuaian plaintif dan kurangnya kegerunan terhadap perintah mahkamah. Perintah komital merupakan salah satu alternatif yang boleh dilaksanakan dalam kaedah penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah. Perintah komital di Negeri Selangor khususnya diperuntukkan pada seksyen 151, 181 dan 229 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2003 (ETMSS 2003). Objektif kajian ini adalah mengenalpasti potensi perintah komital kerana ingkar perintah nafkah serta cabaran dalam menguatkuasakan perintah komital di Selangor. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif dengan menggunapakai kaedah analisis dokumen dan temubual separa berstruktur. Kajian dianalisa melalui kaedah deskriptif dan induktif. Dapatan kajian mendapati bahawa perintah komital boleh menjadi satu mekanisma dan berpotensi dalam mengembalikan hak nafkah yang tertunggak. Selain itu, terdapat cabaran-cabaran dalam menguatkuasakan perintah komital seperti sikap pihak-pihak, kelemahan penguatkuasaan perintah, bayaran fi yang mahal dan tempoh perbicaraan. Kajian ini turut mencadangan beberapa langkah bagi menambah baik perintah penguatkuasaan nafkah seperti penyelarasan fi dan kos, penggabungan sebutan kes dan meringkaskan tuntutan kes. Implikasi kajian artikel ini memberi informasi terkini kepada pemohon mengenai alternatif perintah komital selain memberi implikasi kepada penggubal undang-undang untuk merencana strategi berkesan bagi mengatasi cabaran-cabaran penguatkuasaan perintah nafkah. |
|---|