Melaka: geografi dan alam sekitar berdasarkan teks Sejarah Melayu Ras Raffles Malay 18
Manuskrip Sejarah Melayu RAS Raffles Malay 18 merupakan antara versi Sejarah Melayu terawal dan dikarang atau disalin sekitar tahun 1612. Teks ini menggambarkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang gah dan pesat membangun. Proses pembangunan ini sudah tentu melibatkan interaksi anta...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26026/ http://journalarticle.ukm.my/26026/1/66-75%20-.pdf |
| Summary: | Manuskrip Sejarah Melayu RAS Raffles Malay 18 merupakan antara versi Sejarah Melayu terawal dan dikarang atau disalin sekitar tahun 1612. Teks ini menggambarkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang gah dan pesat membangun. Proses pembangunan ini sudah tentu melibatkan interaksi antara manusia dan persekitarannya iaitu manusia perlu beradaptasi dengan persekitaran yang baharu diteroka. Kajian pustaka berkaitan teks Sejarah Melayu kebiasaannya menumpukan terhadap bidang sastera, politik, undang-undang dan sejarah. Isu berkaitan geografi dan alam sekitar masih kurang diketengahkan. Justeru itu, objektif kertas ini ialah untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan geografi dan alam sekitar seperti yang digambarkan oleh teks. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, kajian teks manuskrip Sejarah Melayu RAS Raffles Malay 18 dan kajian pustaka. Sumber-sumber sekunder yang lain seperti buku-buku sejarah. Berdasarkan kajian, didapati bahawa Tun Sri Lanang telah menggambarkan tentang geografi Melaka seperti keadaan hutan, gunung-ganang dan sebagainya secara langsung dan tidak langsung dalam penulisannya. Gambaran mengenai populasi dan penempatan pula agak jelas manakala isu berkaitan pertanian pula kurang diberikan perhatian. Istilah yang digunakan bagi penentuan jarak adalah bersifat subjektif. Manakala bagi arah mata angin, istilah seperti ‘atas angin’ dan ‘bawah angin’ lebih menjadi pilihan berbanding istilah yang formal seperti barat dan timur. |
|---|