Pengaruh ibu bapa terhadap penggunaan gadjet dalam kalangan kanak-kanak di Kuantan
Kertas kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan gajet terhadap aspek fizikal, afektif, dan psikomotor kanak-kanak yang berada di Kuantan. Aspek implikasi penggunaan gajet terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak di Kuantan turut diteliti, dengan tumpuan kepada elemen penggunaan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26024/ http://journalarticle.ukm.my/26024/1/38-49%20-.pdf |
| Summary: | Kertas kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan gajet terhadap aspek fizikal, afektif, dan psikomotor kanak-kanak yang berada di Kuantan. Aspek implikasi penggunaan gajet terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak di Kuantan turut diteliti, dengan tumpuan kepada elemen penggunaan gajet yang semakin menjadi kebiasaan, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang memberikan gajet kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik dalam talian Google Form yang melibatkan 110 responden, iaitu ibu bapa yang tinggal di Kuantan. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian utama, yang bertujuan untuk mencapai objektif kajian. Analisis data akan dilakukan secara deskriptif, merangkumi kekerapan dan peratusan untuk menerangkan kesan penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Dapatan kajian ini akan memberikan gambaran tentang kesan penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak, dan menyumbang kepada keperluan penyelidikan lebih mendalam mengenai hubungan antara penggunaan gajet dan perkembangan kanak-kanak. Kajian lanjutan yang dilakukan dapat memberikan pemahaman lebih terperinci mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kesan penggunaan gajet serta cara untuk memaksimumkan manfaat penggunaan teknologi dalam pendidikan kanak-kanak. Secara kesimpulan, kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi kebenaran untuk penggunaan gajet kepada kanak-kanak, terutamanya apabila di rumah. Pemahaman dan kesedaran ibu bapa mengenai kesan penggunaan gajet menjadi faktor utama dalam pemberian gajet kepada kanak-kanak. Gap atau masalah utama yang dikenal pasti dalam kajian ini adalah kurangnya kesedaran mengenai kesan jangka panjang penggunaan gajet terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak, yang memerlukan kajian lebih lanjut untuk memahami dengan lebih baik faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam hal ini. |
|---|