Analisis perbahasan konsep ‘al-Hakim’ dalam konteks pemikiran, tauhid serta tamadun Islam
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis konsep ‘al-Hakim’ serta menelusuri peranan ilmuwan dalam kerangka ilmu, pemikiran dan tauhid. Secara khusus, objektif pertama kajian ini adalah untuk meneliti dan menghuraikan makna serta dimensi konsep ‘al-Hakim’ dalam tradisi intelektual Islam. Objektif ked...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26023/ http://journalarticle.ukm.my/26023/1/28-37%20-.pdf |
| Summary: | Artikel ini bertujuan untuk menganalisis konsep ‘al-Hakim’ serta menelusuri peranan ilmuwan dalam kerangka ilmu, pemikiran dan tauhid. Secara khusus, objektif pertama kajian ini adalah untuk meneliti dan menghuraikan makna serta dimensi konsep ‘al-Hakim’ dalam tradisi intelektual Islam. Objektif kedua adalah untuk mengeksplorasi hubungan simbiotik antara ilmuwan Islam dengan tiga aspek utama, iaitu ilmu, pemikiran dan tauhid. Berdasarkan analisis awal, konsep ‘al-Hakim’ merujuk kepada golongan cendekiawan yang memiliki penguasaan multidisiplin dalam pelbagai bidang ilmu. Islam menempatkan pengetahuan pada kedudukan yang tinggi dan memuliakan golongan berilmu, sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran melalui perbandingan antara mereka yang berilmu dengan mereka yang berada dalam kejahilan. Lebih daripada itu, konsep ‘al-Hakim’ dalam Tamadun Islam tidak dapat dipisahkan daripada kerangka ilmu, pemikiran dan tauhid. Tujuan utama kebijaksanaan yang terkandung dalam pemikiran ‘al-Hakim’ adalah untuk memperkukuh akidah yang berasaskan prinsip tauhid, iaitu pengakuan terhadap keesaan Allah S.W.T. Akal yang suci dan rasional secara intrinsik akan cenderung untuk menerima kebenaran tauhid kerana tauhid merupakan asas fundamental dalam struktur keimanan Islam. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan ilmuwan sebagai ‘al-Hakim’ dalam memelihara dan mengembangkan warisan intelektual Islam yang berteraskan tauhid. |
|---|