Unsur anatomi dalam kumpulan puisi Parabel Tubuh
Parabel Tubuh ialah karya sastera yang menyatukan dua disiplin ilmu iaitu sains dan sastera. Kumpulan puisi Parabel Tubuh (2018) merupakan karya Taufiq Roslan yang memiliki latar belakang dalam jurusan Sains Pertuturan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kecintaan beliau terhadap bidang sains d...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26022/ http://journalarticle.ukm.my/26022/1/19-27%20-.pdf |
| Summary: | Parabel Tubuh ialah karya sastera yang menyatukan dua disiplin ilmu iaitu sains dan sastera. Kumpulan puisi Parabel Tubuh (2018) merupakan karya Taufiq Roslan yang memiliki latar belakang dalam jurusan Sains Pertuturan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kecintaan beliau terhadap bidang sains dan sastera ini dijelmakan dalam bentuk puisi. Parabel Tubuh memperkenalkan konsep anatomi dalam menyampaikan isu puisinya. Unsur-unsur anatomi dalam Parabel Tubuh mendominasi pengucapan puisinya dan mempamerkan keindahan. Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada bagaimana penulis berlatar bidang sains mengaplikasikan unsur anatomi dalam karya. Oleh itu, kajian ini menetapkan dua objektif kajian iaitu mengenal pasti unsur-unsur anatomi yang terdapat dalam kumpulan puisi Parabel Tubuh dan menganalisis unsur-unsur anatomi berdasarkan perspektif estetika. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan membataskan puisi yang melibatkan struktur anatomi tubuh manusia sahaja. Analisis dan dapatan kajian mendapati bahawa unsur-unsur anatomi yang diketengahkan ialah mata, jantung, tubuh, otak, gigi, telinga, dan lidah sebagai konsep idea. Unsur anatomi yang digunakan ini mampu meninggalkan kesan keindahan dalam penyampaian puisinya sekali gus mempamerkan dinamik dari sudut gaya penyampaian puisi. Kajian ini diharap dapat memperkayakan sumber dokumentasi sastera. |
|---|