Bahasa kiasan dalam lagu P. Ramlee berdasarkan teori relevans

Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Bahasa kiasan berfungsi sebagai menguat dan menajamkan sesuatu karya, untuk menyampaikan sesuatu mesej...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hazwani Hisham, Siti Noraini Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26018/
http://journalarticle.ukm.my/26018/1/WS%2013%20.pdf
Description
Summary:Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Bahasa kiasan berfungsi sebagai menguat dan menajamkan sesuatu karya, untuk menyampaikan sesuatu mesej secara ringkas dan padat serta membawa maksud yang mendalam. Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa kiasan yang digunakan dalam penulisan lirik lagu oleh seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee. Dua fokus utama kajian adalah mengenal pasti penggunaan bahasa kiasan yang terdapat di dalam lirik lagu P. Ramlee dan menganalisis bahasa kiasan tersebut menggunakan teori Relevans. Metodologi kajian bersifat kualitatif dan data dianalisis menggunakan teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986). Tiga buah lagu P. Ramlee telah dijadikan sebagai bahan kajian iaitu lagu Gelora, Itulah Sayang dan Resam Dunia. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan bukan sekadar bentuk perlambangan yang terdapat dalam lirik lagu tetapi mempunyai mesej dan makna yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat. Usaha ini diharapkan dapat memperkaya koleksi warisan P. Ramlee dalam memartabatkannya sebagai seniman lagenda khusus dalam bidang nyanyian serta memperlihatkan keindahan bahasa yang digunakan oleh P. Ramlee.