Kritikan sosial terhadap masyarakat dalam filem Magika (2010)
Magika (2010) ini telah diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan dibantu oleh Kumpulan KRU sebagai penerbit filem. Filem ini merupakan filem bergenre muzikal. Filem Magika telah menampilkan watakwatak yang terdapat dalam cerita rakyat daripada cerita yang berbeza namun ditemukan dalam satu filem yang sam...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26017/ http://journalarticle.ukm.my/26017/1/WS%2012%20.pdf |
| Summary: | Magika (2010) ini telah diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan dibantu oleh Kumpulan KRU sebagai penerbit filem. Filem ini merupakan filem bergenre muzikal. Filem Magika telah menampilkan watakwatak yang terdapat dalam cerita rakyat daripada cerita yang berbeza namun ditemukan dalam satu filem yang sama menerusi dimensi watak yang berbeza. Watak yang ditampilkan bukanlah seperti kerangka atau model watak yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu. Dimensi watak yang diterapkan adalah terdiri daripada sudut positif dan negatif. Filem ini sarat dengan isu sosiologi masyarakat tempatan memaparkan sikap masyarakat melayu dalam menjalani kehidupan seharian. Kesemua aspek yang dibincangkan dalam kajian ini adalah berlandaskan model pencerminan yang diperkenalkan oleh Karl Max dan Federick Engels. Objektif makalah ini bertujuan untuk meneliti kritikan sosial terhadap masyarakat yang terdapat dalam filem Magika (2010). Penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian ini. Dapatan kajian ini terdapat lapan kritikan yang dianalisis dalam makalah ini kritikan sosial masyarakat yang mementingkan harta, masyarakat yang bertindak melulu, masyarakat yang tidak menghormati orang tua, masyarakat yang sombong, masyarakat yang bahagia di atas penderitaan orang lain, masyarakat yang melakukan gangguan seksual, pembesar yang penakut, masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan masyarakat yang melakukan buli. |
|---|