Pembentukan kata dalam lagu tradisi masyarakat Bugis

Pembentukan kata merupakan satu proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta. Pengkaji menjalankan kajian mengenai lagu tradisi Bugis yang mana merupakan bahasa minoriti di Malaysia. Walaupun bahasa ini merupakan bahasa minoriti, ianya masih kekal diguna pakai terutamanya dalam majlis keramaian seperti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amni Izzati Zainorin, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26016/
http://journalarticle.ukm.my/26016/1/WS%2011%20.pdf
Description
Summary:Pembentukan kata merupakan satu proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta. Pengkaji menjalankan kajian mengenai lagu tradisi Bugis yang mana merupakan bahasa minoriti di Malaysia. Walaupun bahasa ini merupakan bahasa minoriti, ianya masih kekal diguna pakai terutamanya dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan pembentukan kata dari aspek kata terbitan iaitu kata nama dan kata kerja. Kaedah yang digunakan ialah kajian teks dan kajian lapangan. Analisis kajian berasaskan kepada Prinsip Tatabahasa Dewan. Hasil kajian menunjukkan wujud banyak penggunaan kata terbitan dalam lirik lagu tradisi Bugis. Kata terbitan yang dijumpai dapat membantu menjelaskan peranan leksikal kata nama dan kata kerja dalam lagu bahasa Bugis ini. Kesimpulannya, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan serta pemangkin bagi pengkajian pada masa akan datang khususnya bahasa minoriti.