Makna siratan bahasa figuratif dalam cerpen pilihan karya A. Samad Said

Bahasa figuratif merupakan gaya bahasa tersirat yang menjadi sebahagian daripada ilmu sastera dan linguistik. Gaya bahasa ini digunakan dalam karya kreatif dan bukan kreatif. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan bahasa dalam karya kreatif iaitu cerpen. Terdapat dua objektif utama dalam kajian in...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Yusra Nabihah Baharuddin, Siti Noraini Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26015/
http://journalarticle.ukm.my/26015/1/WS%2010%20.pdf
Description
Summary:Bahasa figuratif merupakan gaya bahasa tersirat yang menjadi sebahagian daripada ilmu sastera dan linguistik. Gaya bahasa ini digunakan dalam karya kreatif dan bukan kreatif. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan bahasa dalam karya kreatif iaitu cerpen. Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini iaitu mengenal pasti penggunaan bahasa figuratif yang digunakan dan menganalisis makna sebenar bahasa figuratif dalam cerpen karya A. Samad Said menggunakan teori relevans. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitatif menggunakan kajian kepustakaan dan analisis teks. Cerpen “Dosa Pejuang” karya A. Samad Said sebagai data kajian. Data dianalisis menggunakan teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson pada tahun 1986 dan 1995. Teori Relevans merupakan pendekatan yang menitikberatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses dalam memahami makna ujaran. Bahasa figuratif difokuskan kepada personifikasi, metafora, simile dan hiperbola. Hasil kajian menunjukkan bahawa teori relevans berjaya merungkaikan makna sebenar penggunaan bahasa figuratif dalam cerpen “Dosa Pejuang”. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa bahasa figuratif memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada pembaca dengan berkesan.