Akhlak pemimpin dan masyarakat Melayu Muslim dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) (FMKKP) arahan Syamsul Yusof telah di tayangkan pada 23 Jun 2022 dengan kutipan sebanyak RM 90 juta. Filem ini dihasilkan untuk memaparkan tentang perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang sering berlaku di sekeliling masyarakat Melayu di Malaysia. Fil...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26014/ http://journalarticle.ukm.my/26014/1/WS%209%20.pdf |
| Summary: | Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) (FMKKP) arahan Syamsul Yusof telah di tayangkan pada 23 Jun 2022 dengan kutipan sebanyak RM 90 juta. Filem ini dihasilkan untuk memaparkan tentang perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang sering berlaku di sekeliling masyarakat Melayu di Malaysia. Filem MKKP ini juga lahir pada ketika ketidakstabilan politik Melayu di Malaysia selepas pilihan raya umum pada tahun 2018. Walaupun latar masa FMKKP adalah pada pertengahan kedua abad ke-19 dan mengisahkan tentang sejarah perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British,
namun filem ini memaparkan persamaan dari segi kepimpinan serta masyarakat Melayu yang tidak bersatu padu dalam mempertahankan bangsa dan negara di Malaysia pada masa kini. Sehubungan itu, objektif makalah ini bertujuan untuk meneliti aspek akhlak dalam FMKKP melalui kerangka analisis Pendekatan Dakwah. Penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian ini. Justeru
itu, makalah ini juga menggunakan kerangka analisis Pendekatan Dakwah melalui Teori Pengkaedahan Melayu yang dipelopori oleh Hashim Awang. Hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat empat adab dalam aspek akhlak iaitu adab dengan pemimpin, adab dengan kawan, adab dengan keluarga serta adab dengan diri sendiri. Penelitian terhadap aspek tersebut menunjukkan bahawa masyarakat dalam FMKKP mempunyai
akhlak yang baik dan buruk iaitu bersangka baik, setia kawan, berbakti pada ibu bapa, menjaga maruah diri, menuntut ilmu dan mengamalkannya, patuh pada suami, memberikan pendidikan kepada anak-anak dan bijak merancang strategi, ingkar arahan ketua dan isteri yang nusyuz. |
|---|