Konflik pemilikan dan pembangunan tanah adat orang Asal di Sarawak

Kajian ini meneliti konflik pemilikan dan pembangunan tanah adat di Sarawak dengan memberi tumpuan terhadap isu yang timbul dalam usaha untuk melindungi tanah adat seperti yang ditinggalkan oleh budaya dan adat sesebuah komuniti. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan budaya, adat dan komu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hidayah Zubairi, Mohd Rizal Mohd Yaakop
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26011/
http://journalarticle.ukm.my/26011/1/WS%206%20.pdf
Description
Summary:Kajian ini meneliti konflik pemilikan dan pembangunan tanah adat di Sarawak dengan memberi tumpuan terhadap isu yang timbul dalam usaha untuk melindungi tanah adat seperti yang ditinggalkan oleh budaya dan adat sesebuah komuniti. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan budaya, adat dan komuniti yang pelbagai sehingga mewujudkan corak yang pelbagai di Malaysia. Oleh itu tanah adat di Sarawak merupakan aspek penting untuk melindungi keunikan tersebut. Bagi meneliti konflik pemilikan dan pembangunan tanah adat di Sarawak, kajian menggariskan tiga objektif. Pertama, menjelaskan sekiranya undang-undang tanah mampu melindungi pihak komuniti untuk memperoleh tanah adat di Sarawak. Kedua, mengolah cabaran yang dilalui oleh komuniti Sarawak dalam usaha melindungi tanah adat daripada dimiliki aktor lain. Ketiga, mengenal pasti sekiranya proses pembangunan menyumbang kepada kesan buruk terhadap pemilikan tanah adat serta menjejaskan kehidupan komuniti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual, kajian perpustakaan, jurnal akademik dan pemerhatian. Hasil kajian ini menemukan tiga dapatan. Pertama, undang-undang yang diperuntukkan adalah berdasarkan kepada situasi serta tidak berunsurkan berat sebelah kepada mana-mana pihak. Kedua, cabaran yang dilalui dalam usaha untuk mempertahankan tanah adat telah memberi impak kepada kehidupan terhadap komuniti di Sarawak. Ketiga, proses pembangunan merupakan faktor terhadap kebangkitan konflik pemilikan tanah adat. Oleh itu, kepentingan komuniti Sarawak dan juga pembangunan perlu selari supaya tiada pihak yang tertindas.