Hubungan di antara pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan daya tahan dengan masalah emosi dalam kalangan dewasa awal

Kesihatan mental seseorang individu pada zaman dewasa sering dikaitkan dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka dan faktor psikososial yang mempengaruhi kehidupan mereka. Oleh itu, gangguan seperti pengalaman negatif zaman kanak-kanak terhadap proses perkembangan kanak-kanak boleh menjejaskan keup...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aashriita Muniandy, Abdul Rahman Ahmad Badayai
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26009/
http://journalarticle.ukm.my/26009/1/WS%204%20.pdf
Description
Summary:Kesihatan mental seseorang individu pada zaman dewasa sering dikaitkan dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka dan faktor psikososial yang mempengaruhi kehidupan mereka. Oleh itu, gangguan seperti pengalaman negatif zaman kanak-kanak terhadap proses perkembangan kanak-kanak boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar dan meluahkan emosi mereka kepada orang lain, mengakibatkan implikasi sepanjang hayat. Sebaliknya, daya tahan seseorang, yang memfokuskan keupayaan untuk bertahan atau berpulih daripada kesukaran, boleh membantu dalam mengatasi ketakutan masa lalu dan menjalani kehidupan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan kajian yang memfokuskan kepada golongan dewasa awal di Malaysia dengan pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan bagaimana daya tahan mereka membentuk kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sama ada perkaitan antara pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan masalah emosi dimediasi oleh daya tahan orang dewasa awal. Untuk meneroka pembolehubah ini, kami akan menggunakan Soal Selidik Pengalaman Negatif Zaman Kanak-Kanak (ACE-Q), Skala Pengukuran Daya Tahan Kanak-Kanak dan Belia-28 (CYRM-28) dan Soal Selidik Kekuatan dan Kesukaran (SDQ) sebagai alat ukuran, untuk (i) mengkaji hubungan antara pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan masalah emosi, (ii) mengkaji hubungan antara daya tahan dan masalah emosi, (iii) mengkaji hubungan antara pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan daya tahan dan (iv) mengenalpasti peranan daya tahan sebagai pengantara di antara hubungan antara pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan masalah emosi dalam kalangan dewasa awal. Kajian ini akan menilai tindak balas sekumpulan dewasa awal yang dibesarkan di pusat perlindungan.