Penggunaan kata terbitan dalam lagu bertemakan kepimpinan: satu analisis morfologi

Lagu walaupun digunakan sebagai hiburan, di dalamnya masih mengandungi mesej yang cuba disampaikan kepada pendengar, malah terdapat juga fenomena di mana lagu dikaitkan secara langsung dengan ciri-ciri kepimpinan para Perdana Menteri (PM) Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada kajian morfologi, pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Nur Farhan Najwa Azhad, Harishon Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26008/
http://journalarticle.ukm.my/26008/1/WS%203%20.pdf
Description
Summary:Lagu walaupun digunakan sebagai hiburan, di dalamnya masih mengandungi mesej yang cuba disampaikan kepada pendengar, malah terdapat juga fenomena di mana lagu dikaitkan secara langsung dengan ciri-ciri kepimpinan para Perdana Menteri (PM) Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada kajian morfologi, perkaitan antara lagu dan kepimpinan yang diberi tajuk Penggunaan Kata Terbitan dalam Lagu Bertemakan Kepimpinan: Satu Analisis Morfologi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti lirik lagu bertemakan PM Malaysia, mengkategorikan kata terbitan yang terdapat dalam lirik-lirik lagu tersebut dan menganalisis pembentukan kata terbitan berdasarkan Prinsip Tatabahasa Dewan (2010). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif. Data kajian merupakan satu video berdurasi 46 saat yang telah dimuat turun melalui aplikasi media sosial TikTok. Langkah-langkah yang diambil adalah dengan mendengar, mengamati, melakukan transkripsi lirik lagu, mengkategorikan kata terbitan dan menganalisis kata terbitan yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut. Analisis mendapati lagu yang bertemakan PM kelapan hanya mempunyai kata terbitan jenis awalan dan berapitan sahaja, manakala lagu bertemakan PM kesembilan memiliki kesemua jenis kata terbitan berawalan, berakhiran dan berapitan. Kajian menunjukkan lagu sebagai satu aspek seni akan mampu menyerlahkan mesej yang cuba disampaikan.