Keterlibatan pelajar B40 menerima sokongan dan bantuan sedia ada di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merupakan antara fakulti tertinggi yang mempunyai bilangan pelajar daripada keluarga B40. Namun, penglibatan pelajar dalam menerima sokongan yang disediakan ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sokongan yang sed...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26006/ http://journalarticle.ukm.my/26006/1/WS%201%20.pdf |
| Summary: | Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merupakan antara fakulti tertinggi yang mempunyai bilangan pelajar daripada keluarga B40. Namun, penglibatan pelajar dalam menerima sokongan yang disediakan ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sokongan yang sedia ada kepada pelajar golongan B40 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan meneroka faktor untuk pelajar B40 menerima sokongan yang disediakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berpandukan pendekatan kajian kes. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakkan informan kurang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan sokongan yang disediakan oleh pihak fakulti dan terdapat juga informan yang hanya bergantung sepenuhnya terhadap sokongan daripada pihak fakulti. Berdasarkan semua dapatan kajian ini, pengkaji telah mencadangkan untuk mewujudkan program penjanaan pendapatan kepada pelajar B40 untuk memastikan pelajar B40 lebih produktif supaya dapat menampung keperluan hidup di intitusi pengajian. Implikasi kajian ini juga mefokuskan kepada latihan tubi keusahawanan sosial dalam kalangan pelajar B40 FSSK sejak pendaftaran pelajar di FSSK, UKM. |
|---|