Formulasi pemangkin stanum-kuprum untuk penurunan CO2 elektrokimia dalam sel elektrosintesis mikrob
Proses penurunan CO2 menggunakan pendekatan bio-elektrokimia merupakan satu bidang yang masih baharu dalam dunia kajian. Sistem Mikrob Elektrosintesis (SME) merupakan sistem bio-elektrokimia yang menggunakan mikrob elektrogenik, iaitu mikrob yang menggunakan elektrik sebagai tenaga untuk proses penu...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26002/ http://journalarticle.ukm.my/26002/1/SML%2015.pdf |
| Summary: | Proses penurunan CO2 menggunakan pendekatan bio-elektrokimia merupakan satu bidang yang masih baharu dalam dunia kajian. Sistem Mikrob Elektrosintesis (SME) merupakan sistem bio-elektrokimia yang menggunakan mikrob elektrogenik, iaitu mikrob yang menggunakan elektrik sebagai tenaga untuk proses penurunan Karbon Dioksida (CO2) dalam menghasilkan sebatian kimia. Kajian ini mengguna pakai SME untuk menghasilkan asid formik menggunakan mikrob elektrogenik. Proses ini dipercepatkan lagi menggunakan pemangkin bio-katod yang diubah suai melalui proses penyaduran elektrokimia untuk menambah lapisan kuprum-stanum oksida di atas permukaan kain karbon. Kuprum dan stanum merupakan logam yang dikenal pasti mampu meningkatkan kadar tindak balas penurunan CO2 kepada sebatian yang bersifat hidrokarbon, iaitu formik dalam kajian ini. Melalui kajian yang dijalankan yang terdiri daripada Cu-Sn-EDTA, Cu-Sn-Sb-EDTA, Cu-Sn-NaCit dan Cu-Sn-Sb-NaCit, sebatian Cu-Sn-EDTA telah dikenal pasti menggunakan FESEM-EDX menunjukkan struktur kristal berbentuk bunga yang terbentuk melalui tindak balas nukleasi dengan taburan aloi gangsa yang agak seimbang. Dengan mengaplikasi katod komposit tersebut ke sistem SME telah menunjukkan penghasilan ketumpatan arus dan purata voltan yang stabil dan tertinggi pada -19.14 A/cm2 dan -0.49 V dan kadar penghasilan formik sehingga 0.137 M/d. Analisis kitaran voltametri sel penuh pula menunjukkan Cu-Sn bio katod mencatatkan puncak penurunan yang terendah pada voltan -1.0 V, iaitu bersamaan dengan voltan gunaan semasa operasi SME. |
|---|