Muzium universal sebagai bentuk neo-kolonialisme
Konsep “muzium universal” yang dipromosikan oleh muzium utama Barat sering digambarkan sebagai usaha menyatukan warisan manusia secara global. Melalui dokumen “Declaration on the Importance and Value of Universal Museums” yang ditandatangani oleh 18 muzium terkemuka dunia termasuk British Muse...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25997/ http://journalarticle.ukm.my/25997/1/Arkeologi_38_2_1.pdf |
| Summary: | Konsep “muzium universal” yang dipromosikan oleh muzium utama Barat sering digambarkan sebagai
usaha menyatukan warisan manusia secara global. Melalui dokumen “Declaration on the Importance and
Value of Universal Museums” yang ditandatangani oleh 18 muzium terkemuka dunia termasuk British
Museum (UK), Louvre Museum (Perancis), The Metropolitan Museum of Art (AS), The Hermitage
Museum (Rusia), Rijksmuseum (Belanda) dan Staatliche Museen zu Berlin (Jerman), mereka seolah
olah berperanan dalam menyebarkan pemahaman silang budaya dan berhak menjaga artifak-artifak
negara-negara jajahan. Namun, analisis ini menunjukkan bahawa konsep tersebut bersifat penjajahan
baharu yang menyembunyikan dominasi warisan kolonial dan menafikan hak komuniti asal. Makalah
ini akan menyingkap tentang sisi gelap muzium universal yang dianggap sebagai pemilik dan penjaga
warisan dunia dengan tuntutan repatriasi “Patung Gangsa Benin” sebagai contoh kajian kes. Makalah
ini menggunakan pendekatan analisis literatur kritikal dan kajian kes interpretatif untuk menilai
konsep muzium universal sebagai satu bentuk neo-kolonialisme dalam konteks pemilikan dan naratif
warisan budaya dunia. Kajian mendapati konsep ini telah gagal memenuhi prinsip-prinsip kuratorial
moden yang mementingkan keterwakilan komuniti asal, ketelusan sejarah objek, pemulangan atau
rundingan pemilikan serta keadilan naratif. Melalui analisis deklarasi 2002, penolakan repatriasi,
strategi penjenamaan semula dan kajian kes British Museum, makalah ini mencadangkan pembaharuan
paradigma muzium seperti yang dirintis oleh AL-ASAR berdasarkan prinsip keadilan sejarah dan
epistemologi pelbagai. |
|---|