Analisis jumpaan alat dan peralatan batu di Gua Keledung Besar, Lembah Nenggiri, Gua Musang, Kelantan
Gua Keledung Besar merupakan tapak prasejarah yang penting yang terletak di bawah kompleks batu kapur Bukit Keledung di Hulu Kelantan. Gua ini telah dikenal pasti sebagai sebuah tapak yang berpotensi sebagai tapak hunian masyarakat prasejarah sewaktu tinjauan awal yang dilakukan oleh sekumpula...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25996/ http://journalarticle.ukm.my/25996/1/38_1_5.pdf |
| Summary: | Gua Keledung Besar merupakan tapak prasejarah yang penting yang terletak di
bawah kompleks batu kapur Bukit Keledung di Hulu Kelantan. Gua ini telah
dikenal pasti sebagai sebuah tapak yang berpotensi sebagai tapak hunian
masyarakat prasejarah sewaktu tinjauan awal yang dilakukan oleh sekumpulan
penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Zuliskandar
Ramli pada bulan Disember 2016. Ekskavasi secara vertikal kemudian telah
dijalankan selama 15 hari dengan membuka sebanyak 11 petak yang telah
dinamakan mengikut sistem turutan abjad (alphabetic) pada tahun 2022 lalu. Hasil
ekskavasi telah menemukan banyak artifak batu yang kemudian telah dianalisis
secara fizikal dan diklasifikasi berdasarkan morfologi, tipologi, litologi serta teknik
pembuatan. Fokus kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara jumpaan
artifak alat batu pada setiap lapisan budaya dengan persekitarannya bagi
membuktikan peranan Gua Keledung Besar itu sendiri. Hasil daripada analisis
tersebut dapat menunjukkan bahawa masyarakat zaman prasejarah di Gua
Keledung Besar sebenarnya telahpun mengusahakan teknologi pembuatan alat batu
setelah sekian lama lagi. Ratusan artifak batu ditemui dalam bentuk peralatan
membuat alat batu seperti batu pemukul dan pencil tools serta jumpaan alat litik
seperti kapak, alat penetak, pengikis dan pahat. Rata-rata alat batu ini dihasilkan
daripada batuan batu kapur, kuarzit, batu pasir dan granit. Antara teknik
pembuatan alat batu yang telah dikenal pasti ialah teknik hentaman langsung (direct
percussion), hentaman tidak langsung (indirect percussion), dan teknik pemangkasan
(knapping). Kesemua teknik-teknik ini memerlukan kemahiran khusus tertentu.
Justeru berdasarkan penemuan ini dapat disimpulkan bahawa Gua Keledung Besar
telah digunakan sebagai penempatan serta bengkel pembuatan alat batu di masa
lalu. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih
komprehensif tentang perkembangan artifak alat batu dalam sejarah awal di
Kelantan dan Malaysia. |
|---|