Analisis fizikal, motif dan teknologi tembikar tanah Bukit Choras, Kedah
Artikel ini membincangkan tentang hasil analisis fizikal dan motif tembikar tanah dari Bukit Choras, Yan, Kedah. Bukit Choras merupakan satu-satunya tapak candi zaman protosejarah terletak di utara Gunung Jerai iaitu di luar kawasan lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda. Ekskavasi arkeologi yan...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25995/ http://journalarticle.ukm.my/25995/1/38_1_4.pdf |
| Summary: | Artikel ini membincangkan tentang hasil analisis fizikal dan motif tembikar tanah dari
Bukit Choras, Yan, Kedah. Bukit Choras merupakan satu-satunya tapak candi zaman
protosejarah terletak di utara Gunung Jerai iaitu di luar kawasan lembah Sungai Merbok
dan Sungai Muda. Ekskavasi arkeologi yang dijalankan di Bukit Choras oleh Universiti
Sains Malaysia pada tahun 2023 dan 2024 telah menjumpai 18 serpihan tembikar tanah
yang dianalisis menggunakan kaedah klasifikasi dan morfologi. Hasil analisis klasifikasi
mendapati kebanyakan serpihan tembikar terdiri daripada pecahan bahagian badan dan
bibir. Motif tembikar dikelaskan kepada dua kategori iaitu tembikar bercorak (garisan
selari) dan tembikar tidak bercorak (polos). Tambahan pula, satu serpihan tembikar yang
diukir dalam tulisan purba, kemungkinan menggunakan aksara Pallava telah ditemui di
Bukit Choras. Analisis profil warna tembikar mengesahkan tembikar Bukit Choras telah
dibakar pada suhu yang rendah menggunakan teknik pembakaran terbuka. Analisis
saintifik awalan menunjukkan teknologi tembikar Bukit Choras mungkin melibatkan
beberapa teknik seperti lilitan tangan, ‘paddle and anvil’ dan pasir digunakan sebagai bahan
pewaja. Dari segi fungsi, tembikar mungkin telah digunakan sebagai wadah untuk
menyimpan air atau bagi tujuan ritual serta keagamaan. Secara keseluruhannya, kajian
ini telah menyumbang data dan maklumat penting tentang ciri-ciri fizikal, motif dan
teknologi yang digunakan dalam pembuatan tembikar Bukit Choras sekitar 1,200 tahun yang dahulu. |
|---|